OSHMO - Official Portal

logo oshmo 1

Director Greetings

bismillah
Photo


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat melayari Portal Rasmi Pejabat Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHMO), Universiti Malaysia Pahang. Saya berharap portal ini akan dapat membantu para pengunjung berurusan dengan OSHMO bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan keselamatan & kesihatan pekerjaan.

Salah satu strategi untuk memperkenalkan dan mempromosikan OSHMO adalah melalui laman web. Sebagai sebuah Pejabat di bawah Universiti Malaysia Pahang, Portal Rasmi OSHMO memaparkan pelbagai maklumat berhubung dengan organisasi, aktiviti, perkhidmatan, ahli jawatankuasa kkp, produk dan penerbitan jabatan. Turut dimuatkan seperti sudut hazard, galeri foto, multimedia dan berita-berita terkini aktiviti OSHMO.

Maklumat yang disediakan di laman web ini sentiasa dikemaskini dan bersifat interaktif agar ianya dapat memberi manfaat kepada para pengunjung yang melayari laman web ini. Bagi meningkatkan perkhidmatan yang diberikan, kami mengalu-alukan pendapat dan pandangan serta maklum balas untuk penambahbaikan mutu perkhidmatan bagi kepentingan staf, pelajar dan universiti , terlebih dahulu diucapkan berbanyak terima kasih.

Sekian, terima kasih.

ENCIK MUHAMMAD HAIRYNIZAM BIN MUHD TAIB