OSHMO - Official Portal

logo oshmo 1

Function & Duties

Berfungsi sebagai penasihat kepada pihak Universiti dalam aspek-aspek yang berkaitan dengan  Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan melalui bantuan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti dan lain-lain jawatankuasa  amnya.

Membantu mengenalpasti undang-undang negara termasuk akta-akta, peraturan, kod amalan/garis panduan dan piawaian keselamatan dan seumpamanya yang terguna pakai ke atas Universiti bagi memastikan ianya dipatuhi dari semasa ke semasa melalui Jawantankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan .

Melakukan pemantauan  berkenaan aspek-aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan didalam kawasan Universiti dengan menjalankan audit, pemeriksaan    berkala dan pemonitoran kawasan tempat kerja melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan  bagi memastikannya undang-undang yang ditetapkan dipatuhi.

Membantu Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan melakukan penyiasatan sekiranya berlaku sebarang kemalangan ditempat kerja bagi mengenalpasti punca ianya berlaku serta berperanan sebagai pusat rujukan maklumat dengan mengumpul maklumat dan data-data berkenaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Melakukan perancangan bersama Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi program-program dan aktiviti yang berkenaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi warga Universiti serta memastikan keberkesanan dasar-dasar Keselamatan dan Kesihatan dan perancangan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMP dan lain-lain jawatankuasa yang berkenaan

Bertindak sebagai sekreteriat Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UMP bagi menjalankan aktiviti yang telah dirancang dan dibincangkan oleh jawatankuasa.

Ahli tetap kepada Jawatankuasa Teknikal Universiti (JKTU) dan Jawatankuasa Pembangunan Universiti (JKPU) bagi memastikan semua spesifikasi pembelian aset / kerja / perkhidmatan mematuhi peruntukan yang dinyatakan di dalam AKKP 1994 dan memastikan risiko dihapuskan atau diminimakan semasa pengeluaran spesifikasi lagi (Menggunapakai konsep pengawalan risiko iaitu menghapuskan atau meminimumkan risiko pada peringkat awal proses/rekabentuk).