OSHMO - Official Portal

logo oshmo 1

Introduction

Di Malaysia, didapati hampir kesemua IPTA & IPTS telah pun mempunyai organisasi yang dikenali sebagai Unit atau Pejabat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan yang beroperasi diperingkat universiti seperti UKM, UPM, USM, dan lain-lain dimana ianya telah menggerakkan pelbagai aktiviti berkenaan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Sebuah majlis bersama keselamatan dan kesihatan pekerjaan peringkat kebangsaan juga telah ditubuhkan merangkumi institusi pengajian tinggi (IPT) dan institusi penyelidikan dan pembangunan (IPP) sebagai platform untuk membincangkan isu-isu dan masalah berkaitan keselamatan & kesihatan pekerjaan yang dihadapi.

Pejabat Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHMO) berperanan untuk menguruskan aspek-aspek yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan di UMP dibawah peruntukkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994).

OSHMO juga bertindak dalam merencana program atau aktiviti yang akan dilaksanakan bagi menjalankan tuntutan akta yang ada di dalam OSHA 1994 setakat yang praktik di UMP dan juga menerapkan ‘Budaya Kerja Selamat’ di dalam diri semua staf dan pelajar UMP.