OSHMO - Official Portal

FAQ KesKo

SOALAN LAZIM (FAQ)


INDUKSI PENGURUSAN KONTRAKTOR (ASPEK KKP) – KESKO PROGRAM


1. Apakah itu prosedur OSHMO/L3/005: Pengurusan Kontraktor (Aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)?
Hasil pemeriksaan tempat kerja yang dilaksanakan oleh OSHMO ke atas aktiviti kontraktor/vendor di dalam UMP telah mendapati sebanyak 164 tindakan dan keadaan tidak selamat telah dilakukan oleh kontraktor pada tahun 2014 dan 2015 yang berpotensi menyebabkan kemalangan samada kecederaan atau kematian kepada warga UMP atau pekerja kontraktor itu sendiri.

Justeru itu, prosedur ini telah dibangunkan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UMP Bil 01/2015 pada 23 Mac 2015 bagi memastikan semua kontraktor/vendor yang melaksanakan perolehan di dalam UMP melakukan kerja secara selamat tanpa mendatangkan bahaya kepada orang lain.

Prosedur ini juga merupakan ringkasan yang diambil daripada perundangan di Malaysia yang berkaitan keselamatan & kesihatan pekerjaan seperti Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994; Akta CIDB 1994; Akta Kilang dan Jentera 1967, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan lain-lain.


2. Apakah itu Induksi Pengurusan Kontraktor (Aspek KKP) – KesKo Program?
Induksi ini merupakan perkara penting yang ada di dalam prosedur OSHMO/L3/005 bagi memastikan semua kontraktor/vendor mendapat pendedahan dan pemahaman yang wajar berkaitan prosedur yang akan dikuatkuasakan pada 01 Julai 2016 dan mempunyai pengetahuan asas dalam mencegah kemalangan semasa melaksanakan perolehan di dalam UMP.


3. Siapakah yang perlu menyertai Induksi Pengurusan Kontraktor (Aspek KKP) – KesKo Program?
Semua kontraktor/vendor lantikan UMP dan ke atas kesemua kategori perolehan universiti yang terdiri daripada Pemilik / WakilPengurusan Syarikat Kontraktor/Vendor Sahaja (Penyelia / Pengurus Projek dan ke atas sahaja) – syarikat boleh menghantar lebih daripada seorang wakil tetapi tertakluk kepada kekosongan tempat.


4. Mengapakah kontraktor/vendor perlu menyertai Induksi Pengurusan Kontraktor (Aspek KKP) – KesKo Program?

  1. Mengikut klausa 6.4.1.2 Prosedur OSHMO/L3/005: Pengurusan Kontraktor (Aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan), hanya kontraktor yang telah mengikuti induksi ini sahaja dibenarkan untuk memulakan kerja di tapak sebaik sahaja penguatkuasaan prosedur ini.
  2. Selain daripada bagi memperkenalkan kontraktor/vendor dengan prosedur OSHMO/L3/005; induksi ini juga akan memberikan kemahiran dan pengetahuan asas berkaitan pengurusan keselamatan dan kesihatan yang dipraktiskan di UMP bagi memastikan kontraktor/vendor melaksanakan tanggungjawab sebagai majikan dengan wajar sepertimana di Bahagian IV Kewajipan Am Majikan dan Orang Yang Bekerja Sendiri, Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994).


5. Adakah pihak OSHMO mengeluarkan jadual tahunan Induksi Pengurusan Kontraktor (Aspek KKP) – KesKo Program bagi tahun 2016?
Pada ketika ini OSHMO hanya akan melaksanakannya pada 21 dan 22 Mei 2016.

 

6. Bolehkah kontraktor /vendor tidak menyertai program menyertai Induksi Pengurusan Kontraktor (Aspek KKP) – KesKo Program yang diadakan pada 21 dan 22 Mei 2016 ?
Boleh. Namun begitu sekiranya mendapat perolehan UMP, kontraktor/vendor adalah terikat kepada perkara 4(i) di atas di mana ianya akan memberi kesan kepada kontraktor/vendor kerana perlu mengikuti induksi (tarikh lain adalah bergantung kepada OSHMO) ini sebelum boleh memulakan kerja di tapak. Ini memungkinkan kerja diselesaikan diluar tempoh kontrak dan berpotensi dikenakan EOT kerana lewat menyiapkan projek.


7. Apakah yang akan diterima oleh Kontraktor/Vendor selepas berjaya sepenuhnya mengikuti Induksi Pengurusan Kontraktor (Aspek KKP) – KesKo Program?
Kontraktor/vendor akan menerima sijil dan nombor pendaftaran KesKo yang mempunyai tempoh sah selama dua (2) tahun.


8. Adakah kontraktor/vendor perlu menyertai Induksi Pengurusan Kontraktor (Aspek KKP) – KesKo Program setiap kali ingin menyertai sebutharga di UMP?
Tidak perlu. Kontraktor/vendor boleh menyertai sebarang sebutharga yang dikeluarkan oleh UMP selama tempoh sah sijil induksi ini.


9. Apakah kelebihan yang di dapati oleh kontraktor/vendor apabila menyertai Induksi Pengurusan Kontraktor (Aspek KKP) – KesKo Program ?

  1. Mempunyai pengetahuan asas mengenai pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di UMP.
  2. Kerja di tapak boleh dimulakan dengan segera kerana perkara 4(i) telah dipenuhi.
  3. Kecederaan dan kematian dikalangan pekerja kontraktor/vendor dan warga UMP boleh elakkan. Ini kerana sebarang kemalangan atau kematian yang berlaku boleh menyebabkan kontraktor/vendor perlu menangguhkan kerja di tapak. Ini boleh menyebabkan kerja gagal diselesaikan dalam tempoh kontrak dan boleh dikenakan penalti oleh UMP. Sekiranya melibatkan kecederaan serius atau kematian, pihak berkuasa seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia akan melakukan siasatan dan sekiranya Notis Larangan dikeluarkan oleh mereka, kerja akan tertangguh untuk tempoh yang lama sehinggalah mereka berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh kontraktor/vendor terlibat.