OSHMO - Official Portal

Pengenalan Program KesKo

PENGUATKUASAAN PROSEDUR OSHMO/L3/005: PENGURUSAN KONTRAKTOR (ASPEK KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN) – KesKo Program MULAI 1 JULAI 2016

Selaras dengan penguatkuasaan prosedur di atas, semua vendor yang melaksanakan perolehan di dalam premis UMP dikehendaki untuk mengikuti program di bawah yang menjadi syarat WAJIB sebelum sesuatu kerja di dalam premis UMP boleh dilaksanakan berkuatkuasa 01 Julai 2016. Syarat ini turut tergunapakai ke atas semua vendor yang sedang melaksanakan perolehan di dalam UMP:

i. Nama Program :

Induksi Pengurusan Kontraktor (Aspek KKP) – KesKo Program

ii. Tempoh Program :

Satu (1) Hari, 9:00 am – 5:00pm (minum pagi, tengahari dan petang disediakan)

iii. Tarikh Program :

Sila Rujuk Di Borang Induksi KesKo (Tertakluk Kepada Perubahan Dari Masa Ke Semasa)

iv. Tempat :

Dewan Tun Fatimah, UMP Kampus Gambang (Tertakluk pada perubahan jika ada)

v. Sasaran Peserta :
  • Pemilik / Wakil Pengurusan Syarikat Vendor Sahaja (Penyelia/Pengurus Projek dan ke atas sahaja) – syarikat boleh menghantar lebih daripada seorang wakil tetapi tertakluk kepada kekosongan tempat.
  • Seorang peserta hanya boleh mewakili satu (1) syarikat vendor sahaja
vi. Tujuan Program :
  • Memperkenalkan vendor kepada prosedur yang akan dikuatkuasakan dalam memastikan keselamatan warga UMP serta pekerja vendor yang melaksanakan perolehan di dalam UMP.
  • Memberikan kemahiran dan pengetahuan asas berkaitan pengurusan keselamatan dan kesihatan yang dipraktiskan di UMP bagi memastikan vendor melaksanakan tanggungjawab sebagai majikan dendan wajar sepertimana di Bahagian IV Kewajipan Am Majikan dan Orang Yang Bekerja Sendiri, Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994)
vii. Persijilan :
  • Mana-mana peserta yang menamatkan program ini dengan jayanya akan dianugerahkan Sijil Induksi KesKo atas nama syarikat yang diwakilinya sah untuk tempoh dua (2) tahun sahaja yang mana selepas tamat tempoh ini, vendor perlu mengikuti induksi ini semula.
  • Vendor akan turut diberikan di Nombor Pendaftaran KesKo Program dan nombor ini hendaklah dicatatkan dalam semua sebutharga UMP yang ditandingi oleh vendor.
viii. Yuran :

RM 300.00 per orang

ix. Kaedah Pembayaran :
  • Melalui Pindahan Bank :
  1. No Akaun      : 556235301457 (Maybank)
  2. Nama Akaun : Bendahari UMP
  • Melalui Kaunter Bendahari UMP
  • Melalui Cek atas nama Bendahari UMP

Sebarang keterangan lanjut, pihak Tuan/Puan boleh berhubung dengan pihak kami di talian 09-549 2240.